Kesan biologi Strontium

Badan manusia menyerap strontium seperti mana kalsium. Oleh sebab kewujudan unsur yang cukup sama secara kimia, bentuk stabil strontium mungkin menimbulkan ancaman kesihatan tetapi 90Sr radioaktif boleh menyebabkan pelbagai penyakit dan kerosakan tulang termasuk barah tulang. Unit strontium digunakan dalam mengukur keradioaktifan daripada 90Sr terserap.

Akhir-akhir ini, kajian in vitro yang menggunakan strontium pada osteoblas menunjukkan peningkatan pada pembinaan tulang osteoblas.[10].

Ubat yang dibuat dengan menggabungkan strontium dengan asid ranelik boleh membantu dalam pertumbuhan tulang, menggalakkan kepadatan tulang serta mengurangkan keretakan tulang vertebra, periferi dan pinggul.[11][12] Wanita yang menerima ubat menunjukkan 12.7% peningkatan dalam kepadatan tulang. Wanita yang menerima plasebo mengalami penurunan 1.6%. Separuh peningkatan dalam kepadatan tulang (diukur oleh densitometri sinar x) yang berpunca daripada berat atom Sr yang lebih tinggi dibandingkan dengan kalsium, sedangkan sebahagian lain adalah peningkatan dalam jisim tulang.

Rujukan

WikiPedia: Strontium http://bernath.uwaterloo.ca/media/149.pdf http://www.azom.com/Details.asp?ArticleID=3353 http://iadr.confex.com/iadr/2007orleans/techprogra... http://www.qrg.northwestern.edu/projects/vss/docs/... http://yosemite.epa.gov/ee/epa/riafile.nsf/vwAN/S9... http://periodic.lanl.gov/elements/38.html //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/14749454 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15728210 http://minerals.usgs.gov/minerals/pubs/commodity/s... http://minerals.usgs.gov/minerals/pubs/commodity/s...